Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» kejohanan futsal Underground
Sun Sep 13, 2009 6:44 pm by SiLenTKiLLeR

» kasi panas line lg...|||pulau sayak|||
Thu Jan 15, 2009 12:42 pm by SiLenTKiLLeR

» trip to indon...kasi panas line skit
Mon Jan 12, 2009 6:17 pm by kink_kuwen

» WATANIAH RECRUITMNET FOR IPG STUDENTS
Sun Jan 11, 2009 1:48 pm by elextro

» aidilfitri yang lalu...
Thu Jan 08, 2009 10:53 pm by SiLenTKiLLeR

» cara naik bas tanpa dikenakan tambang...boleh la dipraktikkan
Thu Jan 08, 2009 10:53 pm by SiLenTKiLLeR

» apa yang korang faham tentang C.I.N.T.A...
Tue Nov 11, 2008 6:08 pm by SiLenTKiLLeR

» [WTA] Apsal la parking lambat bebeno siap!!
Sun Oct 12, 2008 5:20 am by nuket2

» masalah anda? kami bantu....
Sun Oct 12, 2008 5:18 am by nuket2

» PROBLEM PC atau LAPTOP!!
Sun Oct 12, 2008 5:15 am by nuket2


saudariku.....

View previous topic View next topic Go down

saudariku.....

Post by liyana_farhalina on Mon Aug 11, 2008 6:32 pm

Saudariku... .. Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari
tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas
menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum
aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu
namun..... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang
kumbang... lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari
kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang
memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang..... ..
tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir
beberapa kali untuk mendekatinya. .....
Saudariku... .. Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap
mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan
rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu
dengan titisan wudhuk..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita
solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan
sesuatu yang terdedah.... .. umpama sebutir permata yang didedahkan
buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas
yang tertutup.... sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah
yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku
kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun....... ...... ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang
tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang
dalam dirimu lebih-lebih lagi gelaran gadis yang kau miliki sudah
pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada...
Namun ingatlah saudariku... . sesiapa yang inginkan kebaikan maka
Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu, yang penting
gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah... .......
Saudariku... .. Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada
kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu. ..
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada
suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas
wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada
wanita"....
Oleh itu, saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.... .
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum
Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang
bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.... .
Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,
itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu
yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja
cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan
kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral
muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta
itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang
hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu
dan tidak kerana Allah SWT...
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal
daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses
pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada
penciptamu.. ......... .
Saudariku... Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah
dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah
retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah
pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkanlah dirimu
dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah
muslimahmu.. ...
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam
hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata
seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan
bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang
abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia
seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan
terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan
kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada
pencipta manusia sendiri.
"Antara tanda keberkatan seseorang wanita itu ialah, cepat
perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula
maharnya.... ."

liyana_farhalina
Freshy
Freshy

Female
Number of posts : 12
Age : 28
Hometown : kuala lumpur
Registration date : 2008-08-02

View user profile

Back to top Go down

Re: saudariku.....

Post by kink_kuwen on Mon Aug 11, 2008 10:10 pm

all girls should read this articles...so touching...keep it up liyana...it is good for young women today...

_________________
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik!"

Learn New Thing here
GREAT photographer born here
My Connections

kink_kuwen
Mod Leader
Mod Leader

Male
Number of posts : 152
Age : 31
Registration date : 2008-07-23

View user profile

Back to top Go down

Re: saudariku.....

Post by liyana_farhalina on Tue Aug 12, 2008 2:58 pm

hm....thx....hehehehehehe

liyana_farhalina
Freshy
Freshy

Female
Number of posts : 12
Age : 28
Hometown : kuala lumpur
Registration date : 2008-08-02

View user profile

Back to top Go down

Re: saudariku.....

Post by fizzy dizzy on Tue Aug 12, 2008 3:52 pm

liyana...good job..
good artikel...
hehehe semua gal boleh laaa baca...
jgn hanyut dibawa arus cinta..chewahhh...haha pirat

fizzy dizzy
Super Senior
Super Senior

Male
Number of posts : 145
Age : 30
Hometown : bAndAr dirAjA ArAu
Registration date : 2008-07-28

View user profile

Back to top Go down

Re: saudariku.....

Post by liyana_farhalina on Tue Aug 12, 2008 10:53 pm

cinta 2 fitrah.....

setiap manusia memerlukan cinta dan ada cinta...

hehehehehhee....

samada kter pandai kwal or x jer........

jgn pula kerana bercinta kter leka.....

jgn pula kerana bercinta gadai semua maruah dan juga agama....

hehehehehe....

liyana_farhalina
Freshy
Freshy

Female
Number of posts : 12
Age : 28
Hometown : kuala lumpur
Registration date : 2008-08-02

View user profile

Back to top Go down

Re: saudariku.....

Post by Sponsored content Today at 5:14 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum