Institut Perguruan Tun Hussein Onn
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» kejohanan futsal Underground
senyum je jangan gelak... EmptySun Sep 13, 2009 6:44 pm by SiLenTKiLLeR

» kasi panas line lg...|||pulau sayak|||
senyum je jangan gelak... EmptyThu Jan 15, 2009 12:42 pm by SiLenTKiLLeR

» trip to indon...kasi panas line skit
senyum je jangan gelak... EmptyMon Jan 12, 2009 6:17 pm by kink_kuwen

» WATANIAH RECRUITMNET FOR IPG STUDENTS
senyum je jangan gelak... EmptySun Jan 11, 2009 1:48 pm by elextro

» aidilfitri yang lalu...
senyum je jangan gelak... EmptyThu Jan 08, 2009 10:53 pm by SiLenTKiLLeR

» cara naik bas tanpa dikenakan tambang...boleh la dipraktikkan
senyum je jangan gelak... EmptyThu Jan 08, 2009 10:53 pm by SiLenTKiLLeR

» apa yang korang faham tentang C.I.N.T.A...
senyum je jangan gelak... EmptyTue Nov 11, 2008 6:08 pm by SiLenTKiLLeR

» [WTA] Apsal la parking lambat bebeno siap!!
senyum je jangan gelak... EmptySun Oct 12, 2008 5:20 am by nuket2

» masalah anda? kami bantu....
senyum je jangan gelak... EmptySun Oct 12, 2008 5:18 am by nuket2

» PROBLEM PC atau LAPTOP!!
senyum je jangan gelak... EmptySun Oct 12, 2008 5:15 am by nuket2


senyum je jangan gelak...

2 posters

Go down

senyum je jangan gelak... Empty senyum je jangan gelak...

Post by idrina Thu Jul 24, 2008 11:30 pm

cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah
bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

cerita 2
adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
*budak : derma apa bang?
*lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adikada apa-apa untuk didermakan?
*budak : nanti kejap.saya ambilkan atuk saya.
*lelaki : ?????

cerita 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
> Farid : Mengapa?
> Siti : Saya dah bosan dengan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
> Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
> Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

cerita 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
> Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
> Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
> Kawan Tok Batin : ????????

cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
" "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah saja encik ini! kenapa tak pos saja?"

cerita 7
Orang Asli Dan Polis
> orang asli : selamat pagi tuan
> polis : selamat pagi
> polis : apa hal
> orang asli : saya nak buat repot tuan
> polis : fasal apa tu
> orang asli : kawan saya di baham harimau
> polis : pukul berapa
> orang asli : dia tak pukul, terkam
> polis : habis?
> orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti,boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
> Shan : Kenapa menangis?
> Amin : Saya datang untuk ujian darah.
> Shan : Awak takut ke?
> Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
> Amin : Eh, Kenapa pula awak menangis?
> Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat .. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas
memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
> Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yang ketiga disambar petir.
> Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
> Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
idrina
idrina
Moderator
Moderator

Female
Number of posts : 31
Age : 37
Hometown : selangor
Registration date : 2008-07-24

Back to top Go down

senyum je jangan gelak... Empty Re: senyum je jangan gelak...

Post by freezy Tue Jul 29, 2008 1:24 am

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."
Itu adalah DIRECT MARKETING.
Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."
Itu adalah ADVERTISING.
Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."
Itu adalah TELEMARKETING.
Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"
Itu adalah PUBLIC RELATIONS.
Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."
Itu adalah BRAND RECOGNITION.
Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda.
Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN
freezy
freezy
YDP
YDP

Male
Number of posts : 91
Age : 38
Hometown : Sentosa Hill
Registration date : 2008-07-26

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum